Tatacara pembelian dan pembayaran



Tatacara pembelian dan pembayaran

Barangan yang dijual di Colors Of Muslimah terbahagi kepada 2 stok iaitu 'ready stock' dan 'pre order stock'.

Ready stock - Untuk barangan ready stock ,para pelanggan dikehendaki membuat pembayaran penuh dalam masa 2 hari selepas konfirmasi persanan dibuat.Jika tiada balasan atau pembayaran dalam jangkamasa 2 hari itu pesanan anda akan dibatalkan.

Pre Order- Untuk barangan pre order, para pelanggan dikehendaki membuat pembayaran sebanyak 50% deposit dan pembayaran berikutnya selepas barangan sampai di pihak kami Colors Of Muslimah.Jika tiada pembayaran dibuat selepas konfirmasi pesanan (utk full payment) dalam jangkamasa 20hari, pesanan anda akan dibatalkan dan wang anda tidak dapat dikembalikan.Pihak kami tidak menerima pembatalan pesanan (selepas konfirmasi pesanan dibuat)dan pihak kami tidak dapat memulangkan kembali deposit anda. Jika pesanan anda kehabisan stok, kami berjanji akan memulangkan wang deposit anda. Untuk barangan pre order, jangkamasa untuk barangan tiba dimalaysia (untuk barangan yg diimport) paling awal dalam masa 2 minggu dari tarikh tutup pre order.

Kos Penghantaran adalah PERCUMA ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Cara pembelian /pembayaran :

Sila emailkan pesanan anda kepada neeyna82@gmail.com beserta detail seperti dibawah :

1. Nama

2. No tel

3. Kod Produk

4. Kuantiti

5. Alamat untuk penghantaran

6. Cara pembayaran (online transfer dan cash deposit)
   
7. Jenis Bank ( Maybank atau CIMB Bank)

Colors Of Muslimah tidak akan bertanggungjawab diatas apa2 kerosakkan barangan semasa proses penghantaran kepada para pelanggan.

Barangan yang telah dibeli boleh ditukar hanya jika :

1.Tersalah saiz ( selagi stok masih ada)– Jika anda terbeli saiz yang salah anda boleh menukarnya dalam jangka masa 3hari bekerja tetapi keadaan produk yang dipulangkan mestilah masih dalam keadaan asal,tidak dibasuh,tag tidak ditanggalkan, masih bersih dan tidak mengalami apa2 kerosakkan.Jika pihak kami mendapati keadaan produk bukan dalam keadaan asal pihak kami tidak dapat membuat penukaran barangan anda.Kos penghantaran barangan yang ingin ditukar ditanggung oleh para pelanggan sendiri. Kami menasihati para pelanggan supaya melihat ukuran baju terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.

2.Kecacatan/kerosakkan – Pihak Colors Of Muslimah sentiasa memastikan keadaan barang berada didalam keadaan yang baik sebelum melakukan penghantaran tetapi walaubagaimanapun jika masih terdapat apa2 kecacatan kepada barangan kami,kami menerima pemulangan barangan atau penukaran barangan dalam waktu 3hari bekerja tetapi kos penghantaran ditanggung oleh para pelanggan.

Waktu penghantaran

Kami akan menghantar pesanan anda, hanya jika anda telah membuat pembayaran penuh dan mengemukakan bukti pembayaran kepada pihak kami. Kami akan membuat penghantaran setiap hari kecuali pada hari Sabtu dan Ahad.

Jenis penghantaran:

Kami menggunakan perkhidmatan pos laju/Pos Malaysia untuk menghantar pesanan kepada para pelanggan.

Terima Kasih Diatas sokongan anda,

Colors Of Muslimah


No comments:

Post a Comment